Pepatah
Pepatah ialah susunan bahasa yang
menjadi sebutan yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa kehidupan masyarakat
sehari-hari. Pepatah berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman
dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah.
1) PEPATAH
Air yang tenang jangan disangka
tiada buaya
PENGERTIAN
Pendiam dan tidak melawan kata
jangan disangka pengecut.
CONTOH AYAT
Mukhriz seorang yang pendiam, tetapi
air yang tenang jangan disangka tiada buaya kerana dia pernah menjadi juara
dalam pertandingan debat.
2) PEPATAH
Berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing
PENGERTIAN
Hidup Bantu membantu antara satu
sama lain.
CONTOH AYAT
Kampung Seduku berjaya terpilih
sebagai kampung contoh pada peringkat kebangsaan kerana penduduknya mengamalkan
cara hidup berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
3) PEPATAH
Cubit paha kanan, paha kiri pun
terasa juga
PENGERTIAN
Setiap kesusahan yang dialami oleh
seseorang dalam kehidupannya akan turut dirasai oleh ahli keluarganya yang
lain.
CONTOH AYAT
Siti berasa sedih melihat adiknya
yang menderita penyakit leukimia kerana cubit paha kanan, paha kiri pun terasa
juga.
4) PEPATAH
Di mana bumi dipijak, disitu langit
dijunjung
PENGERTIAN
Walau di mana kita berada kita mesti
mematuhi adapt dan peraturan tempat yang kita diami.
CONTOH AYAT
Apabila berada di negeri orang, kita
harus menghormati adat resam dan cara hidup penduduk di situ, bak kata pepatah
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
5) PEPATAH
Kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang
PENGERTIAN
Orang miskin yang rezekinya dicari
hanya cukup untuk makan pada hari itu sahaja.
CONTOH AYAT
Kehidupan Pak Jamil anak-beranak
ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menyebabkan mereka perlu
bekerja keras setiap hari.
Bidalan
Bidalan ialah susunan bahasa yang
berbentuk kiasan yang mempunyai erti selapis yang menggambarkan perbandingan. Bidalan juga
merupakan ungkapan yang menjadi panduan nilai sosial, mengandungi teladan
dan nasihat.
1) BIDALAN
Ada udang disebalik batu
PEGERTIAN
Ada sesuatu yang dikehendaki disebalik apa yang dilakukan
CONTOH AYAT
1) BIDALAN
Ada udang disebalik batu
PEGERTIAN
Ada sesuatu yang dikehendaki disebalik apa yang dilakukan
CONTOH AYAT
Faiz rajin menolong Pak Mat berkebun di
kampungnya kerana dia ada udang disebalik batu. Faiz mahu berkahwin dengan anak
Pak Mat.
2) BIDALAN
Indah khabar daripada rupa
PENGERTIAN
Sesuatu keadaan yang dikhabarkan
berlebih-lebihan daripada keadaan sebenarnya
CONTOH AYAT
Makanan di restaurant Ali Maju indah
khabar daripada rupa. Rasa terliur masa beli tapi bila makan tak sedap.
Ada ubi ada batas, ada budi balas
PEGERTIAN
Kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan
CONTOH AYAT
Saya menasihatkan Adward supaya jangan bersikap keterlaluan dikalangan orang kerana ada ubi ada batas, ada budi ada balas.
4)BIDALAN
Sediakan payung sebelum hujan
PEGERTIAN
Hendaklah beringat sebelum menimpa kesusahan
CONTOH AYAT
Saya meletakkan payung di dalam kereta takut hujan akan turun petang nanti. Bak kata " Sediakan payung sebelum hujan"
5)BIDALAN
Bersihkan halaman sendiri dulu baru bersihkan halaman orang
PENGERTIAN
Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum membetulkan kesilapan orang lain
CONTOH AYAT
" Sebelum kamu menasihatkan saya, bersihkan halaman sendiri dulu baru bersihkan halaman orang ", kata Ahmad menegaskan kepada jiranya, Ali.
Reference
http://cikgujawiyahosmand052737.blogspot.com/2012/11/definisi-bidalan.html
http://cikgujawihosmand052737.blogspot.com/2012/11/definisi-pepatah.html
http://pepatahmelayu.wordpress.com/koleksi-pantun-a-z/